Alhamdulillah.
Masih diberi oxygen untuk diteruskan bernafas di bumi Allah.
Semalam kan, tengah duduk di kerusi belajar sambil menyalin jadual exam di mini white board macam biasalah kalau ada ruang kosong di mini board tu mesti akan tulis kata-kata semangat to encourage myself to study more harder. Semua orang mesti buat macam tu kan?
Tiba-tiba.
Terdetik dekat hati, selalu tulis kata-kata yang semangat, baca dalam hati tapi tak pernah pun lafazkan nya pada diri sendiri. Senang cerita, aku ni tak pernah pun cakap pada diri sendiri.
Sometimes, we need to talk to ourself. Tak, ini bukan cakap seorang diri yang merayau tetepi jalan lepastu tak pakai seluar tak pakai baju, ini bukan bila cakap seorang diri dikategori gila. Talking to myself mean kita bercakap dengan diri kita untuk lebih menggalakkan diri kita dalam melakukan sesuatu. Dan kita harus berterima kasih pada diri kita atas usaha yang kita dan diri kita lakukan.
Kasihan myself. Kita tak pernah cuba untuk berbual dengan dia. Selalu asyik dengar dari mulut orang saja yang cakap kat kita.
okay, lepas ni mesti kena cakap kat diri sendiri sambil tangan letak didada,
"Terima kasih kerana selama ini setia bersama aku, terima kasih"
" I trust you, myself!"
![]() |
| source : Google.com |
![]() |
| source : Google.com |



No comments:
Post a Comment